ALAMAT MENUJU TUHAN

Sepanjang cuti semester yang berlangsung sekarang ni, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Dalam senggang waktu yang ada ini, saya isi dengan menelaah buku-buku yang masih ada sisa pembacan yang belum tamat.

Antaranya novel drama Bila Tuhan Berbicara karya saudara Faisal Tehrani.

Setakat pembacaan saya, Bila Tuhan Berbicara sarat dengan perbincangan mengenai realiti kehidupan masyarakat mutakhir ini – masyarakat yang sedang menghampiri kiamat. Penceritaannya disulam kemas dengan nilai-nilai agama, fakta sains dan ketinggian falsafah. Sesekali diselitkan babak lucu yang pastinya dapat membuatkan pembaca tersenyum seorang diri ketika megulatinya.   

Saya ingin berkongsi  dengan anda satu petikan yang saya kira ia adalah petikan segar dan dapat membuka minda :

RAZLAN

“Kau tahu alam itu ialah dari akar kata ayn lam mim. Hah! akar kata yang sama juga menerbitkan perkataan alamat. Alamat itu tanda, petunjuk, anugerah, indikasi, satu karektor… satu alamat untuk posmen hantarkan surat-surat kita. Satu arah tujuan, penunjuk jalan. Ini bermakna alam ini adalah alamat untuk sesuatu, alamat untuk menunjukkan Penciptanya iaitu Allah Ta’ala.

Alam dunia kita ini berfungsi sebagai ayat Allah, menunjukkan destinasi menuju Tuhan. Lebih dekat seseorang dengan alam lebih dekatlah dia dengan Tuhan. Jadi bila kita nak ke suatu tempat, alamat itu hanyalah panduan, menunjuk arah, tak lebih dari itu. Macam satu papan tanda untuk menunjukkan simpang mana yang harus kita ambil. Kebetulan papan tanda itu diukir cantik, dihias dengan air pancuran dan sebagainya, kita pun kadang-kala jadi leka dan sibuk melihat kecantikan pada papan tanda yang dibuat manusia tadi sampai lambat tiba di destinasi. Begitulah ramai orang terpesona dengan alamat, dengan alam, dengan dunia ini sehingga terlupa terus ada destinasi yang harus dituju. Malah ada yang menafikan terus kewujudan destinasi akhir itu.

Untuk merenung alam ini, mestilah dilakukan dengan akal yang sihat, orang sakit dan kacau akal tak boleh berfikir, tak boleh berfalsafah. Mereka tak faham tanda-tanda atau alamat yang diberi oleh Tuhan.”

Itu antara yang dapat saya kongsikan. Moga kita lebih sedar tentang hakikat kewujudan kita dan alam di sekeliling.

Wallahu’alam…..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s